Monday, May 10, 2010

KUNCI STUDY SMART

Dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar, kita mestilah mempunyai falsafah dan keinginan ingin berjaya.Jangan jadikan diri kta seorang insan yang hanya melihat kejayaan kawan-kawan seperjuangan.Hati kita hanya terhibur pada luar sahaja ketika meraikan kejayaan kawan-kawan. Padahal kita sebenarnya telah dikuasai kekecewaan yang teramat mendalam.
Marilah kita bersama-sama merenung dan merancang supaya kejayaan yang dicari dan dicia-citakan akan dapat dikecapi bersama-sama dengan satu nada yang penuh dengan kebahagiaan. Sebagai seorang insan yang ingin berjaya dalam hidup sama-samalah kita merenung dan fikirkan bagaimana untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Renunglah sedalam-dalamnya, untuk berjaya kita perlu:-

1. SENTIASA MENGHARGAI MASA
2. BERSABAR DAN TIDAK MUDAH PUTUS ASA
3. MENAMBAH LATIHAN BAGI SETIAP TAJUK
4. MENGULANGKAJI PELAJARAN SETIAP HARI
5. MATLAMAT PERLU JELAS DAN KHUSUS
6. MAMPU MNYERAP SETIAP TEKANAN (STRES) BELAJAR
7. RAJIN MEMBACA DAN MEMBUAT RUJUKAN DI PUSAT SUMBER
8. MEMBUAT LATIHAN MENJAWAB SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN YANG LEPAS
9. TIDAK MALU BERTANYA PADA GURU
10. BELAJAR SECARA SISTEMATIK DAN KONSISTEN
11. TUGASAN DIHANTAR TEPAT PADA MASANYA
12. NIAT BELAJAR YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH
13. SETIAP TAJUIK PELAJARAN DIFAHAMI DAN DIKUASAI
14. MENYIAPKAN SETIAP LATIHAN YANG DIBERIKAN OLEH GURU
15. MENGGUNAKAN KEKUATAN KECERDASAN AKAL (IQ) DAN EMOSI (EQ)
16. MENUMPUKAN SEPENUH KONSENTRASI SEMASA GURU MENGAJAR
17. SANGGUPMENGORBARKAN KESERONOKAN DAN MENGGUNAKAN SELURUH TENAGA DAN MASA UNTUK
BELAJAR
18. TUMPUKAN PERHATIAN SEPENUHNYA SEMASA MENGULANGKAJI PELAJARAN

Selain mengamalkan perkara yang dinyatakan di atas sebagai seorang insan yang bertakwa kepada Allah s.w.t kita jangan lupa untuk BERDOA dan BERTAWAKAL kepadaNYA sesudah segala usaha telah kita lakukan.

Jika anda tidak boleh terbang, BERLARILAH. Jika anda tidak boleh berlari, BERJALANLAH. Jika anda tidak boleh berjalan,MERANGKAKLAH, tetapi walau apa-apa pun berlaku, TERUSLAH BERGERAK.....