PANITIA SEJARAH
SMK SRI KIAMBANG
CONTOH
KAJIAN KES
SEJARAH
TINGKATAN 4
PENDAHULUAN
1. Kajian
kes adalah kaedah penyelesaian masalah dalam bentuk penerangan tentang sesuatu
isu atau persoalan sama ada berkaitan tokoh, institusi, tempat, peristiwa dan dokumen.
2. Kajian
kes bertujuan memberi pengalaman dan kemahiran kepada murid tentang pengetahuan
sejarah diri, negara dan bangsa.
3. Kajian
kes turut melibatkan aktiviti penyelidikan secara langsung apabila murid
didedahkan dengan pelbagai kaedah dan kemahiran seperti pencarian, pengumpulan
dan menganalisis maklumat.
4. Murid
menghasilkan dapatan kajian yang dijalankan dalam pelbagai bentuk seperti kerja
projek, pelaporan, pembentangan dan sebagainya.
MATLAMAT KAJIAN KES
1. Kajian
kes merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang mengkaji sesuatu isu atau
persoalan berkaitan dengan tokoh, institusi, tempat dan peristiwa.
2. Kajian
ini merupakan aplikasi pengetahuan, Kemahiran Pemikiran Sejarah, kreativiti,
Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik.
3. Kajian
kes juga dapat memperkembang potensi murid ke arah warganegara minda kelas
pertama yang mampu bersaing di peringkat global
OBJEKTIF
1. Mendapat
pengalaman bermanfaat semasa menjalankan kajian.
2. Mengaplikasi
disiplin ilmu sejarah dalam kehidupan seharian.
3. Membentuk
sikap dan tingkah laku murid dalam ruang lingkup peristiwa dan pengalaman
lepas.
4. Menunjukkan
sikap bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
5. Memberi
kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah
negara kita.
6. Membina
kemahiran insaniah agar menjadi warganegara yang berilmu.
7. Membina
semangat patriotisme dalam kalangan murid.
8. Menghasilkan
pelbagai bentuk persembahan dan dapatan daripada interpretasi kajian kes
KAEDAH MELAKSANAKAN
KAJIAN KES
1. Kajian
kes boleh menggunakan kaedah inkuiri dan penerokaan yang melibatkan aktiviti
pembelajaran seperti membuat pemerhatian, penyelidikan serta eksplorasi sama
ada dalam latihan kerja lapangan, kajian bahan dan dokumen.
2. Guru
perlu membimbing murid dalam menggunakan kaedah ini supaya pembelajaran yang
berkesan dapat dilaksanakan
PENTAKSIRAN
1. Pentaksiran
dan penilaian dalam kajian kes adalah proses mendapatkan maklumat tentang
sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang
dipelajari berdasarkan penyataan SPi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang
dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
2. Kajian
kes ini membolehkan guru membuat pentaksiran secara berterusan semasa proses
PdP. Pentaksiran ini juga memerlukan guru membuat perancangan, membina,
mentadbir, menilai dan merekod serta melaporkan pencapaian murid
3. Pentadbir
sekolah bersetuju untuk mengambil kira keseluruhan
markah murid Peperiksaan Akhir Tahun , 20% adalah wajaran dari Kajian Kes .
Usaha ini dapat menanam minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah dan dalam
masa yang sama dapat meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan
PERSEDIAAN GURU
1. Guru
mengenal pasti tema atau tajuk kajian yang akan dilaksanakan;
2. Guru
perlu membimbing murid untuk menentukan skop kajian dan membina soalan yang
dapat mencungkil maklumat tentang tajuk yang dikaji;
3. Guru
membantu murid dalam membuat perancangan dan menyusun atur proses kerja
berdasarkan senarai semak yang disediakan
4. Guru
berperanan sebagai pemudah cara dalam melaksanakan kajian;
5. Guru
membahagikan murid kepada beberapa kumpulan (dua atau tiga orang setiap
kumpulan) dan memastikan ahli dalam kumpulan mengambil bahagian serta
memastikan murid mengetahui tugasan masing-masing;
6. Guru
perlu membuat tindakan susulan bagi memantau hasil kerja murid; dan
7. Guru
perlu memastikan murid menyiapkan laporan mengikut masa yang ditetapkan
PERANAN PELAJAR
1. Penulisan
dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah dan mendapatkan
bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan ini.
2. Melaksanakan
semua aspek tugasan mengikut format penulisan yang ditetapkan.
3. Aktiviti
mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar waktu pengajaran dan
pembelajaran.
4. Boleh
melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat
secara individu.
5. Digalakkan
untuk menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang bersesuaian untuk
menjelaskan lagi hasil kajian.
6. Digalakkan
supaya menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan
mengumpul fakta.
7. Menulis
sumber rujukan dengan betul
8. Hasil
tugasan mestilah ditulis dengan tangan.
9. Hasil
kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada
mana-mana pihak. Anda tidak dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat adalah
mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan
menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya anda mengambil petikan
atau grafik dari sumber lain hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika anda
didapati melakukan plagiat anda boleh digagalkan atau diberikan gred F.
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN KAJIAN KES
1 |
Membina
penyataan masalah |
1.
Membuat pernyataan masalah secara individu atau
berbincang dalam kumpulan kecil berdasarkan pernyataan masalah yang diberi 2.
Membuat kajian dan mendapatkan maklumat berdasarkan
persoalan yang dikemukakan 3.
Persoalan yang dibina membantu menulis, menganalisis
data dan merangka laporan kajian |
2 |
Kajian literatur |
1.
Mencari bahan atau sumber berkaitan untuk menentukan
objektif kajian 2.
Mengenalpasti bahan rujukan dan kajian lepas
berdasarkan buku ilmiah, jurnal, majalah dan sebagainya 3.
Jumlah rujukan sekurang-kurangnya tiga rujukan |
3 |
Objektif kajian |
1.
Membina objektif yang jelas agar mudah dicapai 2.
Mengetahu objektif kajian dan menulis laporan kajian
berdasarkan objektif yang dibina |
4 |
Kaedah kajian |
1.
Cara yang digunakan untuk mendapatkan fakta, sumber,
bukti, mewujudkan idea dan mengadakan analisa sesuatu kajian 2.
Pelajar perlu mengenalpasti kaedah yang sesuai
dengan kajian 3.
Contoh kaedah kajian a.
Kaedah bertulis b.
Kaedah lisan c.
Pemerhatian d.
Kajian perpustakaan |
5 |
Sumber Rujukan |
1.
Menentukan sumber rujukan yang sesuai 2.
Mengumpul dan mencari data daripada sumber yang
berkaitan 3.
Memilih sumber yang sesuai bagi memastikan data yang
diperolehi sahih dan benar 4.
Menyenarai bahan-bahan yang dirujuk 5.
Contoh sumber rujukan ialah dari orang sumber,
dokumen/jurnal, internet, buku ilmiah, majalah dan agensi berkaitan |
6 |
Analisis data |
1.
Menganalisis data dan membuat perbandingan daripada
pelbagai bahan dan sumber untuk menjawab persoalan kajian |
7 |
Laporan Kajian |
1.
Laporan kajian dalam bentuk individu atau
berkumpulan tidak melebihi 3 orang 2.
Laporan kajian mesti dalam bentuk a.
Esei b.
Pembentangan 3.
Format penulisan laporan a.
Tajuk(Persoalan) b.
Pendahuluan c.
Objektif d.
Kaedah kajian e.
Hasil dapatan f.
Kesimpulan dan cadangan g.
Lampiran h.
Rujukan |
8 |
Pembentangan |
1.
Masa pembentangan hanya 5 minit 2.
Setiap pelajar perlu menggunakan 2 kaedah
pembentangan |
S.K 9.1 :WARISAN NEGARA BANGSA
Sistem
pemerintahan Negara Malaysia hari ini telah mewarisi ciri-ciri negara bangsa
kerajaan awal Alam Melayu. Bersetujukah anda?
(100
markah) |
TUGASAN |
MARKAH |
PENDAHULUAN a. Penghargaan. b. Objektif
kajian c. Kaedah
Kajian d. Sumber
kajian |
5 5 5 5 |
TAJUK |
2 |
PENGENALAN 1. Jelaskan
maksud negara bangsa. 2. Senaraikan
ciri-ciri negara bangsa kerajaan awal Alam Melayu. |
5 |
PERKEMBANGAN
IDEA 3. Jelaskan
sistem pemerintahan Malaysia hari ini. 4. Buktikan
dalam Sistem pentadbiran Malaysia hari ini masih ada/tidak ada lagi ciri-ciri
negara bangsa Kerajaan Awal Alam Melayu
5. Pandangan
anda terhadap sistem pemerintahan negara kita hari ini. 6. Sebab
sistem beraja perlu dipertahankan 7. Langkah
dan cabaran untuk mempertahan institusi raja |
10 15
10 10 10 |
KESIMPULAN 1. Pengetahuan
yang diperolehi daripada kajian. 2. Nilai-nilai
murni dan iktibar yang diperolehi daripada kajian. 3. Harapan
terhadap masa depan negara. |
5 |
RUJUKAN |
3 |
PEMBENTANGAN |
10 |
TEMA :NASIONALISME DI MALAYSIA SEBELUM PERANG DU
NIA KEDUA
S.K NASIONALISME
DI NEGARA KITA
Nasionalisme
di Tanah Melayu telah muncul dan
berkembang pesat pada awal abad ke 20. Buktikan penglibatan tokoh-tokoh
tempatan yang mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim
dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada masa itu
(100 markah) |
TUGASAN |
MARKAH |
PENDAHULUAN a. Penghargaan. b. Objektif
kajian c. Kaedah
Kajian d. Sumber
kajian |
5 5 5 5 |
TAJUK |
2 |
PENGENALAN 1. Jelaskan
maksud nasionalisme 2. Senaraikan
tokoh-tokoh tempatan di Tanah Melayu yang mendapat pendidikan di Maktab
Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim sekitar awal abad ke 20. |
5 |
PERKEMBANGAN
IDEA 3. Sejauhmanakah
penglibatan tokoh-tokoh tersebut dalam gerakan nasionalisme negara kita 4. Jelaskan
kesan penglibatan golongan guru dalam perkembangan nasionalisme negara kita 5.
Bagaimanakah golongan intelektual boleh memanfaatkan
ilmu bagi memartabatkan negara masa kini 6. Langkah
dan dan cabaran untuk meningkatkan kesedaran nasionalisme dikalangan generasi
muda hari ini |
15 10 15
15
|
KESIMPULAN 1. Pengetahuan
yang diperolehi daripada kajian. 2. Nilai-nilai
murni dan iktibar yang diperolehi daripada kajian. 3. Harapan
terhadap masa depan negara. |
5 |
RUJUKAN |
3 |
PEMBENTANGAN |
10 |
TEMA :NASIONALISME DI MALAYSIA SEBELUM PERANG DU
NIA KEDUA
S.K NASIONALISME
DI NEGARA KITA
Teliti gambar dibawah
Berdasarkan gambar tersebut sediakan
satu kajian kes tentang reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union
TUGASAN |
MARKAH |
PENDAHULUAN a. Penghargaan. b. Objektif
kajian c. Kaedah
Kajian d. Sumber
kajian |
5 5 5 5 |
TAJUK |
2 |
PENGENALAN 1.
Mengapakah Malayan Union
diperkenalkan di Tanah Melayu |
5 |
PERKEMBANGAN
IDEA 2. Bagaimanakah
cara British berjaya melaksanakan Malayan Union 3. Mengapakah
penduduk tempatan menunjukan reaksi menentang terhadap Malayan Union 4. Sejauh
manakah strategi yang digunakan penduduk tempatan berjaya mencapai matlamat
perjuangan menentang Malayan Union 5. Sebagai
generasi muda , syorkan usaha untuk mewujudkan sebuah pentadbiran negara yang
stabil pada masa akan datang 6. Langkah
dan dan cabaran untuk meningkatkan kesedaran nasionalisme dikalangan generasi
muda hari ini |
10 10 15
10
10 |
KESIMPULAN 4. Pengetahuan
yang diperolehi daripada kajian. 5. Nilai-nilai
murni dan iktibar yang diperolehi daripada kajian. 6. Harapan
terhadap masa depan negara. |
5 |
RUJUKAN |
3 |
PEMBENTANGAN |
10 |